Seperti biasa, Rabi'ul Awwal menjelang, maka sambutan maulid nabi diadakan di mana-mana. Sesetengah ulama' mengatakan sambutan ini adalah bidaah kerana tidak pernah diadakan oleh sahabat Rasulullah, mahupun generasi selepas itu, bahkan bermula pada abad ke-7 hijrah. Bagi golongan ini, kalaulah maulid itu baik untuk disambut, sudah tentu generasi awal Islam terlebih dahulu berhabis wang untuk membuat sambutannya. Hujahnya agak kuat berasaskan kepada asal kepada unsur ibadah itu adalah haram. Bahkan, jika berterusan disambut besar-besaran, akan membawa kepada ibadah-ibadah khurafat lain jika tidak dibendung. Bahkan menjadi hikmah besar apabila tidak ada satu pun riwayat yang sahih tentang tar
|
Pakar dietetik biasanya akan mengesyorkan seseorang itu mengambil pemakaian seimbang, sesuai dengan keadaan diri seseorang. Orang yang berbadan besar, sudah tentu pemakanannya yang boleh dikatakan seimbang, berbeza dengan orang yang kurus. Orang yang normal, biasanya dikehendaki mengamil makanan berasaskan kepada piramid pemakanan. Makanan yang berlemak dan berkolestrol tinggi dikurangkan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi anti-oksidan perlu diperbanyak, dan begitulah seteruusnya, a
|
Oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah Utusan Malaysia, 19/09/2003
Perkembangan mutakhir menunjukkan gejala-gejala wabak keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin merebak. Pendedahan demi pendedahan oleh media tentang perlakuan remaja semakin meloyakan. Tambahan pula, gambar-gambar aksi kurang sopan yang didedahkan terutama di dalam internet itu melibatkan golongan mahasiswa universiti yang dianggap berdaya intelek, berilmu, dan bakal menjadi pegawai-pegawai yang berkhidmat untuk masyarakat! Perkembangan ini seakan menjelaskan ilmu di minda sudah tidak lagi memberi kesan kepada hati!
Seandainya satu dua yang terdedah kepada umum, mungkin ada seratus lagi kes yang terselindung daripada pandangan. Di manakah silapnya? Orang yang berilmu juga boleh terjebak dalam jenayah sosial yang cukup memalukan? Bukankah ilmu itu memandu ke arah kebaikan? Bukankah semakin berilmu, semakin jelas petanda wujudnya Yang Maha Pencipta? Tidakkah ilmu boleh menjadi panduan untuk membeza
|
Oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah
Kita sering mendengar masyarakat Islam mendakwa merekalah umat terbaik dan agama Islam sentiasa relevan dengan setiap masa dan budaya. Namun, jarang pula kita mendengar perbincangan tentang bagaimanakah proses yang menjadikan syariah Islam itu sesuai untuk semua umat manusia yang pelbagai bangsa, budaya dan tahap perkembangan teknologi. Dakwaan bersifat simplistik sebegini walaupun tepat, jika tidak disusuli oleh langkah-langkah perbahasan yang realistik, boleh memusnahkan kepercayaan masyarakat terhadap Islam. Kita sedia maklum bahawa syariah Islam ya
|
Mengapa `burung gembala kerbau' dinamakan sedemikian rupa? Ya, kerana burung itu sentiasa berada di atas belakang kerbau seolah-olah penggembala kerbau. Mengapa burung itu berada di atas kerbau, adakah ia benar-benar mahu menjadi penggembala kerbau? Tentunya tidak, ia berada di atasnya kerana ada makanan di atas kerbau itu, iaitu serangga kecil dan kutu. Satu lagi soalan perlu ditanya: Tidakkah kerbau merasa marah kerana burung itu sentiasa hinggap di atas belakangnya? Memang kerbau tidak marah kerana burung itu membantu menghilangkan serangga dari tubuhnya, bahkan berterima kasih pula. Tetapi mungkin kita tidak dapat memahami bagaimana kerbau mengucapkan terima kasih kepada burung itu.
|