iDeologi.my
Facebook
School World
RSS Feeds

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Sedang Online

7 user(s) are online (1 user(s) are browsing Artikel)

Members: 0
Guests: 7

more...
Article ID : 49
Audience : Default
Version 1.00.01
Published Date: 2011/5/27 23:10:00
Reads : 2005

Kewangan dan Ekonomi

Sebesar-besar sebuah sistem ekonomi, bermula daripada nafsu yang tersembunyi dalam jiwa manusia. Nafsu itu menyelubungi jantung hati manusia, yang menjadikan sesuatu itu baik atau sesuatu itu buruk. Nafsu tidak pernah puas, dan sentiasa inginkan sesuatu yang lebih daripada apa yang ada, tanpa memikirkan risiko masa depan, lebih-lebih lagi risiko itu bukan ditanggung oleh diri mereka sendiri. Atas asas itulah Islam sangat menekankan soal pendidikan hati agar dapat dihiasi dengan akhlak hati yang baik.

Professor Mervyn K. Lewis dalam mana-mana ucapannya dan dalam penulisannya berkenaan sistem ekonomi menyifatkan, kejatuhan sistem kewangan barat sebenarnya berpunca daripada tamaknya 'nafsu' manusia. Sewaktu makan tengahari dengan beliau di salah sebuah restoran di PJ beberapa tahun lepas, beliau menjelaskan, atas sebab itu Islam, seperti yang sering yang ditegaskan oleh Imam al-Ghazali, sentiasa mendidik manusia supaya mengawal nafsu mereka, bersifat Qanaah dan tidak tamak haloba. Sifat tamak menjadi nafsu para kapitalis sukar dikawal lantas mereka mencipta pelbagai jenis instrumen kewangan yang memang tidak masuk akal, menggunakan pelbagai alasan, bertopengkan kecanggihan kejuruteraan kewangan.


Atas dasar, nafsu yang tidak pernah puas, manusia lupa untuk menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat dengan memenuhi keperluan asas insan yang yang kekurangan, sedangkan mereka berlumba-lumba menjana kekayaan, bahkan melakukan pembaziran dengan membelanjakan harta mereka secara berlebih-lebihan, melebihi keperluan. Sikap ini ternyata tidak membantu meningkatkan GDP sesebuah negara, kerana GDP sesebuah negara lebih terkesan dengan penggunaan barangan kewajipan asas berbanding dengan perbelanjaan terhadap barangan mewah. Menunaikan zakat, bersedekah, kepada fakir miskin, akan meningkatkan ekonomi sesebuah negara kerana perbelanjaan orang miskin yang lebih tinggi marginal utilitinya merupakan faktor utama yang melonjakkan GDP sesebuah negara.

Kerana nafsu juga, manusia seringkali berbangga dengan barangan import berbanding barangan tempatan. Lebih-lebih lagi globalisasi telah membina satu imej bahawa barangan luar lebih trendy dan kontemporari. Perempuan yang tak berapa minat sukat bola sepak pun akan jadikan minat mereka kepada kelab-kelab barat, dan seolah-olah berbangga bahawa mereka adalah sebahagian daripada penyokong kelab bola sepak tertentu. Ia bukan lagi sukat, tetapi ia adalah trend. Permintaan terhadap barangan import yang meningkat, sedangkan negara seharusnya menghasilkan barangan sendiri. Makro ekonomi menjelaskan sekali lagi bagaimana GDP sesebuah negara tidak akan berkembang selagi mana negara tidak mendomestikkan permintaan terhadap barangan. Islam tidak menghalang untuk mengimport barangan, bahkan memujinya jika barangan itu barangan keperluan yang tidak dapat dihasilkan di dalam negara. tetapi jika yang diimport itu barangan remeh, atau barangan yang ada altenatif domestik yang sama kualitinya, mengapa perlu banyakkan import? Ini tergantung pada nafsu... lihatlah apa yang dilakukan kerajaan ketika menghadapi situasi kemelesetan ekonomi 1998.. kempen membeli barangan tempatan digiatkan sehingga diwujudkan tanda khas di pasaraya yang membezakan barangan tempatan dan barangan import. Mengapa? Kerana import menjadi masalah kepada peningkata GDP... terutama barangan yang dipuja nafsu, bukan barangan yang diperlukan untuk peningkatan produktviti....

Kerana nafsu yang beraja untuk mendapat keuntungan wang yang cepat dalam perniagaan, manusia dengan pelbagai helah mereka mencipta pelbagai bentuk 'struktur pemasaran' barangan demi keuntungan yang cepat dan berlipat ganda. Lebih buruk lagi, keutungan yang cepat ini disandarkan atas nama agama yang sentiasa menggalakan umatnya mencari harta melalui perniagaan. Kaedah pemasaran konvensional yang terbukti berjaya menjadi nadi ekonomi sejak beribu tahun, tetapi diabaikan lalu dicipta kaedah piramid yang lebih menguntukan, tanpa mengira kesan jangka panjang kepada ekonomi negara. Benar, kelihatan transaksi dan keuntungan syarikat seolah-olah menyumbang beratus juga kepada ekonomi, tetapi adakah ia memberi impak yang positif kepada GDP? Sudah tentu tidak, kerana sistem piramid ini (atau nama manjanya MLM), hanya membina economics bubble sahaja, dan transaksi berjuta-juta yang berlaku itu tidak memberi impak maksimum kepada GDP bahkan mengurangkan kadar GDP. Ini kerana hampir keseluruhan barangan yang diniagakan melalui kaedah MLM ini sebenarnya bukanlah produk keperluan asas, bahkan tidak diperlukan pun. Jika pun ia baik pada kesihatan atau pendidikan, masih banyak lagi alternatif produk yang dipasarkan secara sistem pemasaran biasa, beli dan jual, tanpa perlu berpeluh mencari 'downline'. Berapa banyak pelekat kesihatan kaki dijual di pasaran, tetapi hospital tetap penuh dengan pesakit.


Itu belum dikira peningkatan hutang kad kredit dalam negara. Kegagalan pengurusan kewangan yang baik juga berpunca daripada kegagalan mengawal kehendak nafsu. Tanyalah mana-mana pakar perancangan kewangan peribadi, dalam apa jua agama anutan mereka termasuk para kapitalis, semua bersetuju bahawa pengurusan kewangan peribadi yang baik, bermula daripada pengurusan nafsu dalam diri.


Ahli ekonomi seperti J.M Keynes mahu pun Shumpeter, sentiasa menegaskan bahawa kemelesetan ekonomi dunia yang berlaku dalam economic cycles, adalah berpunca daripada sikap manusia itu sendiri. Pembinaan sikap yang baik, bermula daripada pendidikan hati yang berkesan dengan mengamalkan segala nilai yang diajarkan oleh Islam.

Islam mengajar manusia memberikan keutamaan dalam perbelanjaan. Mengutamakan keperluan berbanding kehendak. Perkara daruriyyat (asasi), perlu diutamakan berbanding tahsiniyyat dan kamaliyyat. Kewajipan berzakat dan kelebihan bersedekah kepada mereka yang memerlukan, menjadikan ekonomi lebih stabil. Bermula daripada cara pengurusan wang rakyat biasa, lebih-lebih lagi dalam pengurusan wang milik negara. Perbelanjaan yang tinggi dan mewah dalam program-program kerajaan, renovasi rumah pemimpin negara dengan nilai sebulan sama dengan 4 biji rumah rakyat biasa, tidak membawa ekonomi ke arah kebaikan, seperti yang diajar oleh Islam.

Mendidik nafsu, bukan sekadar untuk menghasilkan peribadi yang baik dan unggul, tetapi untuk membina sebuah sistem ekonomi yang stabil daripada kemelesetan dan adil kepada semua.

Printer Friendly Page Send this Article to a Friend
Dialu-alukan komentar menggunakan akaun Facebook: