iDeologi.my
Facebook
School World
RSS Feeds

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Sedang Online

1 user(s) are online (1 user(s) are browsing Artikel)

Members: 0
Guests: 1

more...
Article ID : 51
Audience : Default
Version 1.00.02
Published Date: 2011/6/25 16:50:00
Reads : 2258

Isu Umum dan Semasa

Bagi sesetengah orang, al-Quran cuma jadi barangan hantaran perkahwinan sahaja. Sesudah itu disimpan dan diletakkan di dalam almari. Mungkin berhabuk. Bagi sesetengah orang, al-Quran menjadi bacaan wajib harian. Kalau tak baca al-Quran, rasa tak sempurna hidup. Dibaca dengan suara dan tajwid yang betul, tapi mungkin maksudnya tak difahami. Bagi sesetengah orang, al-Quran difahami cuma pertandingan Musabaqah al-Quran. Jika yang benar-benar menghayati, al-Quran adalah segala-galanya. Ia bukan sebarang buku. Ia adalah kata-kata Tuhan. Ia juga bukti mukjizat Rasulullah yang kekal untuk semua orang lihat.

Open in new window


Mukjizat Nabi dan Rasul sebelum Muhammad s.a.w terhad kepada umat yang hidup sahaja. Sedangkan al-Quran adalah mukjizat al-Quran adalah berpanjangan sehingga hari kiamat. Sedar tak sedar, mukjizat itu berada dalam hampir setiap rumah orang Islam. Yang mukjizatnya adalah isi kandungannya, bukan kertas dan dakwatnya. Kalam Allah itu, bukan makhluk. Itu prinsip ahli sunnah. Yang makhluk ialah kertas dan dakwat, tetapi tidak isi kandungannya. Sebab itu juga ramai ulama' mengatakan memegang mushaf tanpa wuduk tidaklah haram. Dengan kata lain, harus memegang al-Quran tanpa wuduk, hatta berhadas besar. Ini bukan pendapat Wahabi tapi ini pendapat ramai mujtahid termasuklah pemilik Sahih al-Bukhari, Imam Bukhari. (Yang pasti semua sepakat memegang dengan wudhuk lebih afdal)

MESEJ INTELEK

Di dalam al-Quran ada pelbagai mesej. Mesej utamanya ialah agar mentauhidkan Allah, membuang rasa cinta dan kasih manusia kepada dunia, kepada harta, kepada anak-anak, kepada ibu bapa yang melebihi kasih kepada Allah. Memberi panduan kepada manusia tentang alam yang tak dapat dijangkau oleh akal dan intelektual. Alam selepas mati, alam yang kekal abadi. Itulah mesej utamanya. Untuk sampai kepada mesej utama ini, manusia perlu dipertajamkan daya intelektualnya, daya fikirnya dan daya akalnya. Tanpa menggunakan akal fikiran, manusia mungkin terpengaruh dengan tipu daya dunia.

Atas sebab itu, al-Quran mula-mula diturunkan dengan ayat yang menyuruh insan membaca. Membaca adalah kunci ilmu dan intelektual. Tidak ada pakar di dunia ini yang malas membaca. Tidak ada profesor dan pemilik Ph.D (kecuali Dr Ayam), yang malas membaca. Membaca sinonim dengan dunia intelektual.

Intelektual adalah penggunaan akal secara optimum. Memikirkan dan mengkaji, serta meneliti setiap perkara menggunakan hukum logik yang dianugerahkan oleh Allah. Atas sebab itu, al-Quran tidak gentar mencabar pembacanya agar mengkaji dan meneliti alam menggunakan akal.

Antara contohnya ialah firman Allah di dalam al-Quran:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran" [al-Baqarah: 164]

Ini adalah cabaran Tuhan. Agar manusia menggunakan akal mengkaji alam dan diri mereka secara sainfitik. Agar menusia melakukan research terhadap semua yang ada di dalam dunia dan di luar dunia seperti di langit dan di mana-mana galaksi. Ayat ini sahaja merangkui biologi, geografi, astronomi, agro, biotek, sosiologi, antropologi dan macam-macam lagi.

Allah memberi ruang yang cukup luas untuk manusia mengkaji dan menggunakan rasional untuk mencari sesuatu kebenaran, tetapi dengan syaratnya membuang ego dalam diri. Andainya al-Quran itu bukanlah daripada Allah, sudah tentu kitab yang berusia lebih 1400 tahun itu sudak menjadi tidak releven lagi diguna pakai sekarang, seperti mana berapa banyak teori saintis-saintis barat yang sudah tidak releven. Itu baru beratus tahun.

Kajian Terhadap al-Quran

Cabaran al-Quran agar manusia menggunakan logik, saintifik dan rasional, telah membuatkan manusia mengkaji al-Quran sejak ia diturunkan. Sama ada oleh umat Islam sendiri, atau oleh bukan Islam, semua yang mengkaji al-Quran secara jujur, tidak akan dapati sebarang kecacatan sama ada dari sudut fakta mahupun susunan bahasa di dalam al-Quran. Bahkan semakin lama dikaji, semakin banyak kecacatan teori saintifik yang terdedah.

Budaya intelektual al-Quran telah melahirkan para cendikiawan yang berfikiran melampaui batas masa mereka daripada pelbagai disiplin ilmu seperti al-Imam al-Ghazali dalam teologi, falsafah dan kerohanian, al-Khawarizmi, Ibn Sina dalam matematik dan perubatan, Ibn Khaldun dalam sosiologi, astronomi bahkan ekonomi, Imam al-Bukhari dalam teori hadis, komunikasi dan pemikiran kritis, Imam al-Shafi'i dalam perundangan, jurisprudens, teologi, Ibn Taymiyyah dalam bidang ekonomi dan pentadbiran.... dan pelbagai lagi para intelektual dalam multi-disiplin ilmu pengetahuan.

Teori-teori mereka ini bukan sahaja sesuai untuk zaman mereka bahkan jauh mendahului zaman mereka. Walaupun ada juga teori mereka ini sudah tidak releven, tapi sekurang-kurangnya sumbangan teori mereka tidak sedikit untuk generasi terkemudian menemui teori yang lebih revelen. Sudah tentu perubahan zaman memerlukan perubahan teori, tapi tapi teori asas, sudah tentu tiada teori baru.

Inilah bukti mesej intelektual al-Quran. David King (2004) dalam bukunya, "In Synchrony with the Heavens: Studies in Astronomical Timekeeping and Instrumentation in Medieval Islamic Civilization" menyatakan:

when historians of science from a multiplicity of national backgrounds investigated Islamic scientific manuscripts in libraries all over Europe and then in the Near East. Their investigations revealed an intellectual tradition of proportions that no medieval or Renaissance European could ever have imagined: anyone who might doubt this should look at the monumental bio-bibliographical writings of Heinrich Suter, Carl Brokelmann, and Fuat Sezgin.

Mesej Di Sebalik Mesej Intelektual

Mesej intelektual al-Quran, seperti mana yang dijelaskan, adalah mesej sampingan sahaja. Dengan kata lain, ia merupakan suatu alat sahaja, bukan matlamat. Ada matlamat lain yang ingin Allah sampaikan kepada manusia. Ada mesej lain yang jauh lebih penting untuk manusia fahami dan hayati. Iaitu mesej mentauhidkan Allah, dan mempercayai alam yang tidak mampu dicapai oleh intelektual manusia, tetapi ia tidak bercanggah dengan daya intelektual manusia itu sendiri.

Dengan kata lain, Allah ingin mengangkat manusia dengan menyeru manusia menggunakan akal mereka. Dengan menggunakan akal, manusia akan mengkaji setiap perkara yang boleh dikaji. Oleh kerana semua perkara saintifik yang dikaji bertepatan dengan akal fikiran, sudah tentu perkara yang melampaui fikiran manusia itu wajar diterima dan wajar untuk manusia beriman. Itulah kesannya cabaran Allah agar manusia mengkaji alam, mengkaji diri, mengkaji dunia seluruhnya.

Memang al-Quran jika dibaca tanpa difahami pun mendapat pahala. Pahala adalah modal di akhirat. Tapi pahala bukanlah satu-satunya misi utama orang beriman. Orang beriman mengimpikan redha Allah melalui penghayatan terhadap iman mereka. Menghayati apa yang ingin disampaikan oleh Allah di dalam al-Quran, tiada cara lain melainkan perlu memahami maksud yang terkandung di dalamnya. Memahami al-Quran pula tidak cukup dengan memahami bahasa Arab sahaja, tetapi memerlukan manusia mengkaji setiap aspek termasuklah hadis-hadis Nabi s.a.w yang menerangkan dan memperincikan maksud al-Quran. Di samping memerlukan manusia mengkaji setiap subjek dalam hidup ini, termasuk bidang sains, matematik, fizik dan astronomi, kerana ia boleh menjelaskan lagi pengertian al-Quran.

Allah s.w.t berpesan, "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian alam). Yang mengajar manusia apa yang mereka tidak pernah tahu"

Inilah sumber intektual manusia. Hanya mereka yang menghayati al-Quran akan menghasilkan manusia berfikiran tinggi dan masyarakat kelas pertama.

Printer Friendly Page Send this Article to a Friend
Dialu-alukan komentar menggunakan akaun Facebook: