Artikel Dipetik Daripada Majalah GENERASI" /> Artikel Dipetik Daripada Majalah GENERASI" />
iDeologi.my
Facebook
School World
RSS Feeds

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Sedang Online

2 user(s) are online (1 user(s) are browsing Artikel)

Members: 0
Guests: 2

more...
Article ID : 52
Audience : Default
Version 1.00.01
Published Date: 2011/8/14 11:20:00
Reads : 2147

Kewangan dan Ekonomi

Ini bukan konsep yang idealistik, tapi ini prinsip yang harus dipegang betul-betul, terutama jika seseorang itu menggangap dirinya seorang Islam. Ini satu prinsip yang menjadi penentu kepada iman seseorang Islam. Prinsip ini juga akan menentu tahap urus tadbir seseorang muslim terhadap urusan kewangan peribadinya.

Artikel Dipetik Daripada Majalah GENERASI
Dalam istilah Arab, konsep ini dinamakan konsep ‘istikhlaf’. Konsep istikhlaf mengiktifar pemilik mutlak harta dan semua yang ada di dunia ini adalah milik Allah, dan Allah mengurniakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Kurniaan itu bukanlah memberi milik, tetapi lebih kepada memberi amanah untuk menguruskannya.

Allah memberi hak untuk menggunakan wang yang diperoleh dengan cara yang hanya diiktiraf oleh Islam sahaja. Atas sebab itu, wang yang diperoleh secara salah, tidak dianggap hak milik orang Islam. Bahkan ia tidak dianggap harta pun pada mata Islam.
Atas sebab itulah, Islam amat menitik beratkan isu ‘bagaimana’ harta berpindah milik kepada kita, berbanding daripada siapa harta itu datang.

Islam telah menetapkan bagaimana ‘proses pemilikan’ harta berlaku. Dalam fekah muamalat, pelbagai bentuk proses pemindahan harta boleh kita lihat seperti hutang, wasiat, hadiah, jual beli, perkongsian, gantian dan seumpamanya.

Ada juga suara nakal yang mengatakan, jika harta itu milik Allah, maka bolehlah kita curi harta si kaya dan memberi sedekah kepada si miskin!

Konsep istikhlaf tidak begitu. Konsep istikhlaf bukan seperti sistem komunis yang memilikhartakan kekayaan negara. Islam mengiktiraf kekayaan yang diperoleh secara halal sebagai harta ‘milik peribadi’ seseorang, tetapi pemilikan itu tidaklah bersifat mutlak tetapi dengan syarat-syarat yang ditentukan Allah.

Ibaratkan sahaja anda seorang ejen insurans. Anda berhak mencari seramai mungkin pelanggan dan dapatkan komisen, tetapi perlulah dengan cara yang sah. Tidak menipu pelanggan, tidak menjatuhkan maruah dan nama baik syarikat takaful anda. Begitulah konsep istikhlaf.

Seseorang itu berhak memiliki sebanyak mana kekayaan, tetapi ada masanya, apabila cukup syaratnya, sebahagian wang atau harta itu mesti dikembalikan kepada mereka yang berhak sama ada melalui zakat mahu pun sedekah.

Dalam pada masa yang sama, kita tidak boleh sewang-wenangnya membelanjakan harta dan wang mengikut suka hati kita. Bahkan cara untuk mendapatkan wang dan harta juga telah ditentukan caranya. Bukan itu sahaja, cara untuk meminjam dan memberi pinjam pun, perlu ada terma-termanya. Semua peraturan, syarat, dan terma ini ditentukan oleh Pemilik harta yang sebenar, iaitu Allah Tuhan Pemilik seluruh Alam.

Sebab itu, jika kita mendapat wang, jangan mudah tersalah sangka wang itu kita yang punya. Pada bila-bila masa, dalam apa jua keadaan, wang dan harta boleh ditarik balik oleh Allah tanpa disangka, dan begitulah sebaliknya, Dia boleh memberi harta dan rezeki dalam cara yang kita tidak sangkakan.

Atas sebab itu, janganlah keluh kesah jika kehilangan rezeki dan kesempitan hidup. Jangan pula lalai dengan rezeki dan wang yang melimpah ruah, jangan juga kita terpesona dengan usaha ghairah kita mengejar wang. Tidak salah mencari rezeki yang banyak, tetapi tidaklah sampai melalaikan kita daripada Pemilik rezeki yang sebenarnya.

Ramai orang selalu mengharapkan rezeki yang tidak disangka didatangkan oleh Allah, tetapi pada masa yang sama lupa tentang situasi rezeki yang tidak disangka boleh juga dihilangkan oleh Allah. Itu sebab ramai yang kedekut bila ingin bersedekah.

Disangkanya rezeki itu hilang dengan bersedekah. Disangkanya wang yang diberikan itu milik mutlak dirinya. Hakikatnya kita cuma menguruskan wang, bukan pemiliknya.

Ya, mungkin sesetengah kita mengharapkan tip-tip penting dalam menguruskan kewangan peribadi termasuklah tip pelaburan dan penyimpanan. Insyallah dalam edisi-edisi yang akan datang, semua itu akan dibincangkan dengan lebih terperinci.

Printer Friendly Page Send this Article to a Friend
Dialu-alukan komentar menggunakan akaun Facebook: