iDeologi.my
Facebook
School World
RSS Feeds

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Sedang Online

13 user(s) are online (5 user(s) are browsing Artikel)

Members: 0
Guests: 13

more...
(1) 2 3 4 ... 11 »

Syiah - Antara Menuduh dan Menjelaskan
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2013/12/16 21:06:29 (788 reads)

Isu Umum dan Semasa

Isu Syiah telah hangat di Malaysia, setelah media memberi ruang besar-besaran kepada isu Syiah untuk dibincangkan, rakyat Malaysia sudah semakin jelas tentang isu Syiah. Tidak sukar untuk kita memahami kenapa TV dan akhbar arus perdana memberi fokus isu berkenaan dengan akidah umat Islam, sedangkan mereka sekian lama tidak pernah endah pun isu-isu akidah dalam banyak perkara. Ia adalah kerana ada sentimen politik untuk mengaitkan pemimpin parti bukan parti mereka. Jika ada ahli parti mereka Syiah, mereka akan diamkan sahaja. Namun dari sudut positifnya, rakyat Malaysia sudah sedar hakikat Syiah yang sebenarnya. Sekurang-kurangnya mana-mana yang ingin terpengaruh dengan Syiah, atau berlembut dengan Syiah, sudah dapat mengenali siapa Syiah sebenarnya. Walaupun begitu, ada isu lain yang penting untuk diteliti.

  0   Article ID : 57

Sistem Pasaran Islam III - Bebas dan Campur Tangan Minimum
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2012/11/27 6:58:29 (2273 reads)

Kewangan dan Ekonomi

Artikel terdahulu saya umpamakan sistem pasaran Islam atau prinsip pemasaran Islam ibarat pesawat canggih zaman moden yang menggunakan sistem auto-pilot. Dalam sistem ini, juruterbang cuma memantau sahaja pergerakan pesawat yang telah ditetapkan. Sama dengan sistem pasaran dan pemasaran. Ini kerana Islam membina satu sistem pasaran dan pemasaran dengan undang-undang dan etika yang terperinci, lantas membiarkan pasaran bergerak sendiri dengan kawalan yang minimum daripada kerajaan. Dengan tidak menafikan pentingnya pemantauan daripada kerajaan, namun, pada dasarnya kerajaan tidak digalakkan untuk campur tangan dalam pergerakan pasaran atau kawalan yang melampuan terhadap strategi pemasaran.

  0   Article ID : 21

Definisi Ringkas Bagi Kontrak Muamalat Islam
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2012/10/16 4:09:54 (17357 reads)

Kewangan dan Ekonomi

[Edisi Kemas Kini 15/10/12] Sebelum ini, saya telah tulis serba sedikit tentang pentingnya mengetahui tentang kontrak-kontrak klasik atau kontrak musamma dalam karya fekah Islam seperti riba, qard, murabahah dan lain-lain. Bagi mereka yang ingin tahu tentang istilah muamalat Islam yang mungkin agak pelbagai dan agak susah diingati, di sini saya sertakan kamus ringkas yang cuma sekadar diberikan maksud dan definisi ringkas sahaja. Maksud dan definisi yang diberikan adalah sekadar untuk kefahaman awal. Dengan mengetahu sedikit sebenyak maksud bagi istilah kontrak musamma ini, diharap memudahkan untuk membaca artikel-artikel lain atau mempelajari isu-isu dalam kewangan dan perbankan Islam.

  4   Article ID : 33

BUDAYA BERFIKIR - ELAKKAN AKAL BEKU DAN STATIK
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2012/5/7 20:43:35 (1629 reads)

Isu Umum dan Semasa

Oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah
Utusan Malaysia, 24 Julai 2003

Otak manusia yang terkandung di dalamnya berbillion neoron itu adalah satu ciptaan yang sangat ajaib. Otak manusia, bukan seumpama bekas pada dunia dimensi ketiga; makin diisi makin penuh, tapi ia adalah ciptaan yang sangat luar biasa; makin diisi makin bertambah ruangnya! Otak dicipta sebegitu rupa, dengan dua hemisfera kanan dan kiri dengan peranan yang berbeza. Ia terletak di atas, tidak di tengah atau di bawah menunjukkan betapa pentingnya otak untuk dieksploitasi. Itulah otak yang berperanan sebagai akal untuk berfikir, menaakul, menganalisis, melakukan komparatif, dan menginterpretasi setiap maklumat yang diterima daripada pancaindera; mata yang melihat dan membaca, telinga yang mendengar, hidung yang mencium, mulut yang merasa, kulit yang menyentuh. Allah menciptakan manusia. Allah menganugerahkan akal dengan kebolehan dan fungsinya untuk berfikir dan memahami.

  0   Article ID : 3

Hadis Ahad - Jangan tolak sewenangnya
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2012/5/7 3:13:02 (897 reads)

Sunnah dan Sirah

Oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah
Utusan Malaysia 16/04/2004

Pernah timbul kekeliruan tentang kontroversi penggunaan hadis Ahad sebagai sumber hukum, terutama hukum akidah serta polemik tentang penolakan terhadap hadis jenis ini. Dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sememangnya kita kurang menerima dalil yang tidak mencapai tahap pengetahuan yang meyakinkan (qat`ie) dalam menetapkan sesuatu pegangan. Benarkah hadis Ahad kesemuanya tidak bersifat qat`ie? Untuk menjawab persoalan ini, hadis hendaklah difahami betul-betul. Andainya hadis Ahad terus dianggap zanni, maka akan muncul ramai orang yang cuba mempermainkan hukum dengan alasan perkara zanni boleh menerima khilaf dan kritikan.

  0   Article ID : 56
(1) 2 3 4 ... 11 »