iDeologi.my
Facebook
School World
RSS Feeds

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Sedang Online

2 user(s) are online (1 user(s) are browsing Artikel)

Members: 0
Guests: 2

more...
(1) 2 »

Syiah - Antara Menuduh dan Menjelaskan
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2013/12/16 21:06:29 (2575 reads)

Isu Umum dan Semasa

Isu Syiah telah hangat di Malaysia, setelah media memberi ruang besar-besaran kepada isu Syiah untuk dibincangkan, rakyat Malaysia sudah semakin jelas tentang isu Syiah. Tidak sukar untuk kita memahami kenapa TV dan akhbar arus perdana memberi fokus isu berkenaan dengan akidah umat Islam, sedangkan mereka sekian lama tidak pernah endah pun isu-isu akidah dalam banyak perkara. Ia adalah kerana ada sentimen politik untuk mengaitkan pemimpin parti bukan parti mereka. Jika ada ahli parti mereka Syiah, mereka akan diamkan sahaja. Namun dari sudut positifnya, rakyat Malaysia sudah sedar hakikat Syiah yang sebenarnya. Sekurang-kurangnya mana-mana yang ingin terpengaruh dengan Syiah, atau berlembut dengan Syiah, sudah dapat mengenali siapa Syiah sebenarnya. Walaupun begitu, ada isu lain yang penting untuk diteliti.

  0   Article ID : 57

BUDAYA BERFIKIR - ELAKKAN AKAL BEKU DAN STATIK
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2012/5/7 20:43:35 (2767 reads)

Isu Umum dan Semasa

Oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah
Utusan Malaysia, 24 Julai 2003

Otak manusia yang terkandung di dalamnya berbillion neoron itu adalah satu ciptaan yang sangat ajaib. Otak manusia, bukan seumpama bekas pada dunia dimensi ketiga; makin diisi makin penuh, tapi ia adalah ciptaan yang sangat luar biasa; makin diisi makin bertambah ruangnya! Otak dicipta sebegitu rupa, dengan dua hemisfera kanan dan kiri dengan peranan yang berbeza. Ia terletak di atas, tidak di tengah atau di bawah menunjukkan betapa pentingnya otak untuk dieksploitasi. Itulah otak yang berperanan sebagai akal untuk berfikir, menaakul, menganalisis, melakukan komparatif, dan menginterpretasi setiap maklumat yang diterima daripada pancaindera; mata yang melihat dan membaca, telinga yang mendengar, hidung yang mencium, mulut yang merasa, kulit yang menyentuh. Allah menciptakan manusia. Allah menganugerahkan akal dengan kebolehan dan fungsinya untuk berfikir dan memahami.

  0   Article ID : 3

Mesej Intelektual al-Quran
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/6/25 16:50:00 (2296 reads)

Isu Umum dan Semasa

Bagi sesetengah orang, al-Quran cuma jadi barangan hantaran perkahwinan sahaja. Sesudah itu disimpan dan diletakkan di dalam almari. Mungkin berhabuk. Bagi sesetengah orang, al-Quran menjadi bacaan wajib harian. Kalau tak baca al-Quran, rasa tak sempurna hidup. Dibaca dengan suara dan tajwid yang betul, tapi mungkin maksudnya tak difahami. Bagi sesetengah orang, al-Quran difahami cuma pertandingan Musabaqah al-Quran. Jika yang benar-benar menghayati, al-Quran adalah segala-galanya. Ia bukan sebarang buku. Ia adalah kata-kata Tuhan. Ia juga bukti mukjizat Rasulullah yang kekal untuk semua orang lihat.

  5   Article ID : 51

Sikit-sikit Buat Duit...
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/6/23 13:44:55 (2158 reads)

Isu Umum dan Semasa

Sejak zaman Firaun lagi manusia pentingkan WANG dan duit. Kerana WANG dan HARTA, si QARUN telah ditelan bumi. Daripada zaman Firaun kepada zaman GOOGLE, WANG menjadi topik utama manusia. Iklan-iklan dalam akhbar online pun biasanya dimulakan dengan frasa BUAT DUIT, JANA WANG, dan yang sama waktu dengannya. Itu belum lagi perkataan JUTAWAN yang kerap dipopularkan oleh para penggilanya.

  0   Article ID : 50

Elakkan Bina Persepsi Yang Belum Pasti
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/3/9 14:02:26 (2840 reads)

Isu Umum dan Semasa

Sangkaan buruk amat ditegah oleh agama. Sangkaan bermula daripada persepsi dalam minda. Jika buruk persepsinya, maka apa yang lahir daripada orang lain, walaupun baik, kerap buruk juga natijah yang difahaminya. A yang ditulis, Z yang dibaca. Masalah persepsi yang salah bukan boleh dipandang ringan, terutama dalam era komuninasi tanpa batas masa, geografi dan imigresen.

  0   Article ID : 47

Doa Rutin Dari Sunnah Yang Sahih I
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/2/15 6:40:00 (2376 reads)

Isu Umum dan Semasa

Dalam kehidupan seharian, Rasulullah s.a.w mengajar kita doa-doa untuk diamalkan dalam menjalani rutin seharian. Namun apakah doa yang kita baca itu benar-benar bersumberkan sunnah yang sahih, atau bagai mana? Doa makan contohnya, bagainama doa makan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w menurut apa yang disebutkan dalam hadis-hadis yang sahih. Doa bukan sahaja ucapan daripada kita untuk memohon daripada Allah, tetapi pada masa yang sama, menjadi simbol ingatan seseorang kepada-Nya. Hakikatnya, Allah Maha Kaya dan menerima apa jua bentuk doa daripada hamba-Nya. Namun, doa yang terbaik untuk diamalkan, sudah pastilah daripada sunnah yang sahih.

  0   Article ID : 46

Ilmu Tidak Patut Membawa Kesombongan
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/12/8 20:44:52 (1261 reads)

Isu Umum dan Semasa

RM10 bagi orang kaya, tidaklah mempunyai “nilai” yang sebesar orang miskin. Jumlah RM10 tetap sama, tetapi apa yang berbeza ialah “nilai” sesuatu itu. RM10 bagi orang berpendapatan tinggi, mungkin hanya secawan teh tarik di hotel (itu pun minum cuma separuh cawan), tetapi RM10 bagi orang miskin adalah pendapatan sehari mereka, yang cukup untuk makan satu keluarga. Dalam ekonomi, teori ini dipanggil sebagai teori marginal. Merupakan salah satu teori penting dalam ekonomi Keynes. Teori marginal mengukur perubahan sesuatu berasaskan kepada peningkatan kedudukan sumbernya. Dalam teori kepenggunaan, teori marginal menganggap, “nilai” bagi sesuatu akan semakin mengecil apabila semakin besar pendapatannya.

  4   Article ID : 41

Bercakap Biar Berfakta, Bukan "Rasa-Rasa"
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/11/11 3:10:00 (2254 reads)

Isu Umum dan Semasa

Menyebarkan maklumat itu bagus, tetapi kalau menyebarkan berita-berita yang belum pasti, setakat agak-agak atau pun cuma rasa-rasa, itu banyak mengundang kerosakan berbanding kebaikan. Maklumat pasal makanan halal di facebook contohnya, banyak yang salah daripada yang betul. Kenapa tidak dirujuk direktori JAKIM berbanding sharing maklumat yang belum pasti? Hasilnya, tersebarlah spekulasi yang bukan-bukan.. yang menyebarkan dah lepas tangan. Islam bukan agama yang suka perkara yang belum pasti, Islam seboleh-bolehnya mengajar umatnya berbicara dengan keyakinan dan maklumat yang konkrit

  0   Article ID : 34

Berbeza Tidak Semestinya Berpecah-belah
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/10/30 7:46:15 (1454 reads)

Isu Umum dan Semasa

Gambar yang ada pelbagai warna, kelihatan lebih cantik berbanding gambar hitam putih atau monokrom. Wujudnya warna yang berbeza, memberi manfaat kepada kita. Dalam lampu isyarat sahaja, warna merah tanda berhenti, warna kuning, tanda bersedia untuk berhenti, warna hijau, boleh mula bergerak. Laman web yang berwarna-warni tentulah lebih indah berbanding web menggunakan satu warna. Namun begitu, penggunaan pelbagai warna, jika tidak pandai mengadunnya, akan menyakitkan mata, menyerabutkan visual. Contohnya dalam nak buat laman web, atau design buku, atau poster, peranan theme colour yang selari perlu diambil kira. Jika 'theme colour' tepat, pelbagai warna yang digunakan akan menambah seri. Tapi artikel ini bukanlah nak membincangkan tentang design atau warna, tapi menguruskan kepelbagaian iDea, yang boleh diibaratkan sebagai kepelbagaian warna.

  0   Article ID : 29

Ibu Bapa Tetap No 1 Selepas Allah dan Rasul
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/10/16 3:50:00 (9551 reads)

Isu Umum dan Semasa

Allah menjadikan rumah tangga sebagai tempat untuk menjalinkan kasih sayang antara suami dan isteri, dalam pada yang sama mengujinya dengan situasi yang kadang-kala kompleks untuk diceritakan menggunakan bahasa biasa. Dalam pada isteri perlu taat kepada suami, suami jangan pula buat-buat lupa bahawa tanggungjawabnya juga banyak terhadap isterinya. Namun kedua-duanya tidak lepas daripada taat kepada ibu bapa.

  5   Article ID : 28
(1) 2 »