iDeologi.my
Facebook
School World
RSS Feeds

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Sedang Online

7 user(s) are online (1 user(s) are browsing Artikel)

Members: 0
Guests: 7

more...
(1) 2 »

Sistem Pasaran Islam III - Bebas dan Campur Tangan Minimum
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2012/11/27 6:58:29 (3615 reads)

Kewangan dan Ekonomi

Artikel terdahulu saya umpamakan sistem pasaran Islam atau prinsip pemasaran Islam ibarat pesawat canggih zaman moden yang menggunakan sistem auto-pilot. Dalam sistem ini, juruterbang cuma memantau sahaja pergerakan pesawat yang telah ditetapkan. Sama dengan sistem pasaran dan pemasaran. Ini kerana Islam membina satu sistem pasaran dan pemasaran dengan undang-undang dan etika yang terperinci, lantas membiarkan pasaran bergerak sendiri dengan kawalan yang minimum daripada kerajaan. Dengan tidak menafikan pentingnya pemantauan daripada kerajaan, namun, pada dasarnya kerajaan tidak digalakkan untuk campur tangan dalam pergerakan pasaran atau kawalan yang melampuan terhadap strategi pemasaran.

  0   Article ID : 21

Definisi Ringkas Bagi Kontrak Muamalat Islam
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2012/10/16 4:09:54 (29207 reads)

Kewangan dan Ekonomi

[Edisi Kemas Kini 15/10/12] Sebelum ini, saya telah tulis serba sedikit tentang pentingnya mengetahui tentang kontrak-kontrak klasik atau kontrak musamma dalam karya fekah Islam seperti riba, qard, murabahah dan lain-lain. Bagi mereka yang ingin tahu tentang istilah muamalat Islam yang mungkin agak pelbagai dan agak susah diingati, di sini saya sertakan kamus ringkas yang cuma sekadar diberikan maksud dan definisi ringkas sahaja. Maksud dan definisi yang diberikan adalah sekadar untuk kefahaman awal. Dengan mengetahu sedikit sebenyak maksud bagi istilah kontrak musamma ini, diharap memudahkan untuk membaca artikel-artikel lain atau mempelajari isu-isu dalam kewangan dan perbankan Islam.

  4   Article ID : 33

Polisi Penentuan Harga Dalam Pasaran
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2012/3/24 5:50:00 (3806 reads)

Kewangan dan Ekonomi

Setiap kali menjelang hari raya, kerajaan pasti akan meletakkan barangan kawalan, dengan harga tertentu, yang mana penjual tidak boleh menjual dengan harga yang lebih daripada harga siling. Contohnya ayam, gula, gandum, beras, minyak masak, daging, garam, telah diletakkan harga yang khusus oleh kerajaan. Begitu juga harga minyak petrol, gas memasak dan banyak lagi barangan yang harganya ditentukan oleh kerajaan dan diisytiharkan sebagai barangan kawalan.

Persoalannya, bolehkah kerajaan sesuka hati meletakkan harga kepada barangan, yang mungkin akan menindas penjual bahkan mungkin merugikan penjual? Ada baiknya kita teliti di mana asasnya dan bagai mana pendirian Islam tentang isu ini. Iaitu isu menentukan harga atau dalam bahasa Arab namanya al-Tas’ir atau pricing policy.

  0   Article ID : 55

Krisis Ekonomi: Fitrah Semulajadi atau Angkara Manusia?
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/11/3 20:00:00 (2841 reads)

Kewangan dan Ekonomi

Sejak krisis kewangan US melanda pada 2008, ekonomi dunia masih di tahap yang sama. Kini negara yang banyak mempertahankan Israel itu ibarat telur di hujung tanduk. Krisis hutang kini menjalar ke Eropah pula. Krisis ekonomi pernah berlaku pada tahun 1998 terutama kepada Asia Tenggara yang hampir melingkupkan Malaysia, Thailand, FIlipina dan Indosesia. Indonesia, Filipina dan Thailand terpasak menerima ‘bantuan’ pemulihan IMF, manakala Malaysia berjaya melepasi halangan sendiri melalui kawalan modal (cerita lanjut tentang ini mungkin dalam edisi seterusnya) Selepas itu berulang lagi pada 2008.

  0   Article ID : 54

Apa Peranan Polisi Fiskal?
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/8/14 17:42:44 (12396 reads)

Kewangan dan Ekonomi

Pengumuman Menteri Kewangan setiap akhir tahun biasanya diberi perhatian yang cukup tinggi bukan sahaja pekerja kerajaan yang menunggun bonus tahunan, tapi semua pakar ekonomi, peniaga, peserta pasaran, juga syarikat korporat. Ini kerana belanjawan setiap tahun akan menentukan dasar ekonomi oleh kerajaan.

  0   Article ID : 53

KITA CUMA PENGURUS HARTA
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/8/14 11:20:00 (2132 reads)

Kewangan dan Ekonomi

Ini bukan konsep yang idealistik, tapi ini prinsip yang harus dipegang betul-betul, terutama jika seseorang itu menggangap dirinya seorang Islam. Ini satu prinsip yang menjadi penentu kepada iman seseorang Islam. Prinsip ini juga akan menentu tahap urus tadbir seseorang muslim terhadap urusan kewangan peribadinya.

Artikel Dipetik Daripada Majalah GENERASI

  0   Article ID : 52

Sebesar-besar Sistem Ekonomi....
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/5/27 23:10:00 (2005 reads)

Kewangan dan Ekonomi

Sebesar-besar sebuah sistem ekonomi, bermula daripada nafsu yang tersembunyi dalam jiwa manusia. Nafsu itu menyelubungi jantung hati manusia, yang menjadikan sesuatu itu baik atau sesuatu itu buruk. Nafsu tidak pernah puas, dan sentiasa inginkan sesuatu yang lebih daripada apa yang ada, tanpa memikirkan risiko masa depan, lebih-lebih lagi risiko itu bukan ditanggung oleh diri mereka sendiri. Atas asas itulah Islam sangat menekankan soal pendidikan hati agar dapat dihiasi dengan akhlak hati yang baik.

  0   Article ID : 49

Zakat Latih Perancangan Kewangan Peribadi
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/11/12 2:40:00 (2471 reads)

Kewangan dan Ekonomi

Pentingnya ilmu perancangan kewangan peribadi mula kerap dibincangkan dalam masyarakat Malaysia. Bahkan kelemahan perancangan kewangan peribadi adakalanya dianggap sebagai punca keruntuhan rumah tangga dan punca ramai orang muda menjadi muflis. Di barat, kerjaya perunding perancangan kewangan peribadi begitu popular sejak sekian lama, dan di Malaysia, kerjaya ini pada awalnya, sekitar 1990an dipopularkan oleh agen-agen insurans dan seterusnya oleh agen Unit Amanah. Atas kepentingan ilmu Personal Financial Planning ini menjadikan kursus kahwin pun telah memerlukan modul ini untuk dimasukkan sekali.

  4   Article ID : 35

Kepentingan Memahami Kontrak Musamma
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/11/5 19:00:00 (3298 reads)

Nama-nama seperti Mudarabah, Musyarakah, Qard,  Ijarah, Wadiah dan lain-lain mula popular dengan perkembangan yang sangat memberangkan dalam industri perbankan Islam di Malaysia. Seolah-olah nama-nama Arab ini merupakan prinsip-prinsip Syariah Islam, sedangkan hakikatnya nama-nama itu adalah kontrak urus niaga masyarakat Arab Jahiliyyah yang wujud lama sebelum datangnya Islam. Namun begitu, setelah Islam tiba melalui risalah Nabi Muhammad s.a.w, beberapa urus niaga masyarakat Arab terdahulu telah diharamkan, dan yang elok dan tidak bercanggah dengan prinsip Islam, dibenarkan. Itulah Syariah Islam, sifatnya bukan menolak semua aktiviti sosial masyarakat, Islam cuma menolak apa-apa yang merosakkan manusia, dan membenarkan apa-apa yang bermanfaat kepada manusia. Jika kontrak tersebut merupakan kontrak zaman dahulu, adakah masih relevan untuk dikaji dan dipelajari? Jawapannya, Ya.

  0   Article ID : 32

Promosi Islamik - Kualiti Biarlah Seiring Iklan
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/10/30 8:30:49 (2362 reads)

Kewangan dan Ekonomi

Dalam perniagaan, tidak dinafikan promosi memainkan peranan penting. Salah satu bentuk promosi adalah pengiklanan. Pelbagai bentuk promosi lagi adalah seperti publisiti, bertemu langsung, dan lain-lain. Dalam banyak kes perniagaan, kos promosinya jauh lebih besar daripada kos produk dan R & D nya. Promosi bukan sahaja untuk memperkenal produk baharu, tetapi juga untuk sentiasa mengingatkan masyarakt tentang wujudnya prokduk lama dalam pasaran. Kalau tidak, masakan Nestle bermati-matian mempromosi MILO dalam pengiklanan, penajaan, pemberian minuman percuma dan seumpamanya. Semua itu, untuk mengekalkan, jenama MILO dalam masyarakat.

  0   Article ID : 30
(1) 2 »