iDeologi.my
Facebook
School World
RSS Feeds

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Sedang Online

2 user(s) are online (1 user(s) are browsing Artikel)

Members: 0
Guests: 2

more...

Cerita Ringkas Mazhab Hanafi
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/11/24 13:17:19 (13877 reads)

Mazhab Hanafi ini telah lahir di bandar Kufah, Iraq. Pada masa zaman khalifah al-Rasyidin, pemerintah, Khalifah Umar telah menghantar seorang sahabat Rasulullah bernama Abdullah bin Mas`ud atau lebih kita kenali sebagai Ibn Mas`ud (meninggal tahun 32H). Ibn Mas`ud, kita selalu dengar, sebagai seorang periwayat hadith yang masyhur juga, bahkan seorang yang banyak mengetahui tentang hukum fiqh. Kalau antara para sahabat Rasulullah, Ibn Mas'ud mempunyai aliran perundangan tersendiri, selain daripda Ibn Abbas, Ibn Umar dan Ibn 'Amr.

  5   Article ID : 39

Keterbukaan Dalam Era Globalisasi
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/10/4 21:07:26 (2266 reads)

Isu Fiqh dan Syariah

Dunia sekarang tak sama dengan zaman dahulu. Dahulu, satu kampung kita, itulah sahaja dunia bagi kita, tapi sekarang, satu dunia ini ibarat dalam kampung kita saja. Siaran TV terbaru disiarkan di US, di seluruh dunia terus tahu. Kadang-kala berita di Malaysia, orang Jordan yang tahu dahulu. Mc Donald, Pepsi ada di mana-mana. Hatta budu dan kicap pun sudah ada di negara Arab. Sedap tak sedap tu lain cerita. Bukan hal kicap mahu dibicarakan, tetapi keterbukaan dalam Syariah terutama oleh pelajar aliran itu.

  0   Article ID : 24

Syahadah Tak Bererti Jika Allah & Nabi Dihina
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/9/30 21:50:00 (1696 reads)

Isu Fiqh dan Syariah

Kadang-kala bukan kerana sifat manusia mudah dikelirukan, tapi kerana ada pihak yang cuba mencari jalan yang sangat licik untuk mengelirukan. Bahkan adakalanya pihak yang licik ini mempergunakan beberapa prinsip tertentu dalam agama untuk menambahkan kekeliruan. Dengan berpegang kepada prinsip syahadah tentang keesaan Allah sebagai asas penting dalam menentukan akidah seseorang, maka ada pihak menggunakan prinsip ini untuk menipudaya umat Islam, agar terus menganggap mereka sebagai sebahagian daripada umat Islam. Sedangkan pada masa yang sama, mereka menghina Islam, menghina Rasulullah, menghina Allah sendiri, mengadakan Quran yang lain selain al-Quran yang ada pada hari ini.

  0   Article ID : 22

Asas Hukum Ibadah Dalam Islam
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/9/13 17:40:00 (3419 reads)

Isu Fiqh dan Syariah

Sesungguhnya objektif utama wujudkan manusia di muka bumi ini adalah untuk menjadi hamba kepada Allah. Perhambaan kepada Allah bukan sekadar melalui usaha melakukan ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, zikir dan sebagainya, tetapi pada masa yang sama akur dengan sistem dan peraturan yang ditetapkan dalam urusan sosial seperti berniaga, bekerja, cari wang, cari harta, berumah tangga, bermasyarakat dan seumpamanya. Semuanya ada hukum-hakam yang mesti dipatuhi, dan sumber hukum itu sudah tentu daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

  0   Article ID : 17

Pentingnya Asas Pengajian Syariah I
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/9/8 1:41:13 (3350 reads)

Isu Fiqh dan Syariah

oleh: Ahmad Sufyan Che Abdullah

Syariah biasanya didefinasikan sebagai undang-undang yang diturunkan oleh Allah kepada manusia . Syariah atau Islamic Laws meliputi pelbagai aspek hukum fekah dan perundangan termasuklah bidang Ibadah, Muamalat, Jinayat, ahwal al-syakhsiyyah dan siyasah syar'iyyah. Bidang Ibadah dalam pengajian Syariah menyentuh tentang urusan hubungan seorang hamba dengan Tuhannya seperti solat puasa haji dan zakat. Sementara itu, bidang Muamalat meliputi kontrak jual beli, hutang, pemilikan harta, hartanah, dan prinsip-prinsip penting dalam transaksi agar semua urus niaga berlangsung secara telus, adil, dan bebas daripada unsur riba dan judi yang diharamkan.

  0   Article ID : 8

Pentingnya Asas Pengajian Syariah II
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/9/7 21:50:00 (3909 reads)

Isu Fiqh dan Syariah

Pengajian Syariah yang sempurna tidak terhenti dengan mempelajari fiqh-fiqh dan hukum-hukum pasang siap oleh ulama’ terdahulu sahaja. Bahkan ia mesti diiringi dengan pembelajaran tentang asas-asas fiqh Islam dan teorinya juga. Asas-asas ini termasuklah memahami struktur Syariah, sifat-sifat Syariah dan prinsip-prinsip fiqh Islam atau Usul Fiqh. Hanya dengan kerangka asas ini perundangan Islam ini akan memberikan sudut pandangan semesta (worldview) yang lebih luas dan mendalam.

  0   Article ID : 9

Pentingnya Asas Pengajian Syariah III
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/9/7 21:50:00 (2337 reads)

Isu Fiqh dan Syariah

Oleh: Ahmad Sufyan Che Abdullah


Usaha memberi kefahaman tentang asas-asas syariah ini bermakna budaya taklid mesti dihapuskan. Taklid ertinya mengikut pendapat orang lain secara membabi buta, tanpa pemerhatian, tanpa cuba merasionalkan terlebih dahulu. Penghapusan bentuk taklid ini ada peringkat-peringkatnya yang tersendiri, kerana tidak semua orang mampu untuk melakukan ijtihad sendiri. Taklid buta yang mesti dihapuskan dikalangan orang awam, iaitu budaya mengikut orang lain sahaja tanpa menilai baik atau buruk dengan akal yang rasional.

  0   Article ID : 10

SUNAH RASULULLAH - PEMIKIRAN KOLOT YANG MERUGIKAN
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/9/5 22:24:39 (2738 reads)

Isu Fiqh dan Syariah

oleh AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH
Utusan Malaysia, 28/04/2005

Jika seseorang itu hanya memakai serban dan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal di tengah-tengah kesibukan kota, polis wajar menyamannya. Pertama, dia telah melanggar undang-undang lalu-lintas, dan kedua, kerana mencemarkan nama baik serban itu sendiri yang merupakan pakaian yang menjadi syiar Islam. Inilah salah satu contoh sindrom kurang daya faham Islam yang melanda umat Islam. Ia wajar ditangani secara berhemah. Mereka ini memahami sunah nabi secara sempit, menganggap serban itu sunah setiap masa, sehinggakan melanggar prinsip asas Islam yang cuba mengelakkan sebarang bentuk kemalangan dan kecelakaan terhadap manusia.

  5   Article ID : 1