iDeologi.my
Facebook
School World
RSS Feeds

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Sedang Online

7 user(s) are online (1 user(s) are browsing Artikel)

Members: 0
Guests: 7

more...

Sebahagian Koleksi eBook Best!
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/5/8 20:30:00 (4271 reads)

Santai dan Personal

Sudah lama tak update blog, banyak perkara yang dah ditaip, tapi belum publish kat blog ni lagi. Apa pun kali ni, cuma nak kongsikan beberapa koleksi ebooks daripada beribu-ribu buku dalam koleksi E-Library saya pakai aplikasi box. Ini merupakan buku-buku yang saya suka baca, dan sedikit berkaitan dengan finance, economics, islamic legal theories, intro to shariah dll... buku islamic legal theories dalam koleksi ni adalah tulisan orientalis, ada beberapa faktanya serta analisisnya tidak sama dengan pandangan sarjana Islam, apa pun ia satu pandangan. Ada juga buku tentang marketing, branding yang rasanya best juga. Boleh tumpang baca kalau mahu.

  0   Article ID : 48

Bila Dicuri Orang Baru Bising
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/1/4 23:05:57 (1566 reads)

Santai dan Personal

Budak kecik, bila kita guna benda tu, benda tu jugalah dia nak, walaupun sebelum ni benda tu dah sedia ada depan mata dia. Tapi itu bukan sifat budak kecik, sebab budak kecik tu lambang kepada fitrah manusia. Maksudnya, itulah perangai sebenar manusia. Waktu orang tak fokus pada satu-satu perkara, ia akan diabaikan, tapi bila semua orang fokuskan, mulalah nak mengaku dia yang punya, walaupun memang dia yang punya.

  4   Article ID : 42

Koleksi E-book dan E-Library
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/11/23 22:40:00 (2220 reads)

Santai dan Personal

Zaman studi dulu-dulu, sentiasa idamkan suatu hari nanti di rumah perlu ada library sendiri. Terbayangkan buku-buku Arab, Inggeris dan Melayu tersusun mengikut rak, sebab untuk mudahkan buat research sendiri nanti. Rupa-rupanya perkembangan teknologi mengubah persepsi diri sendiri. Zaman studi dulu, tidak terbayang wujudnya e-books yang begitu banyak terutama khazanah karya fekah dan penulisan pengajian Islam, kalau ada pun mungkin buku-buku Inggeris. Realitinya perkembangan yang berlaku, lebih cepat daripada yang diimaginasikan.

  0   Article ID : 36

Secawan Latte di iDeologi.my
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/10/4 2:50:00 (1907 reads)

Santai dan Personal

Kepada penggemar kopi, Latte, Cappucino mahupun Ekspresso mungkin ada kenikmatan tersendiri ketika menikmatinya. Atas sebab itu, laman web ini dibubuh gambar segelas Latte, yang saya biasa minum menemani waktu research seawal dinihari, terutama bila tiba musim syita' di Jordan. Kalau tak minat kopi, tak tahu betapa sedapnya menghirup aroma kopi terutama ketika panas... artikel ini sekadar mengarut, tapi kalau nak tahu pasal kopi, kliklah...

  0   Article ID : 23

Salam Eid Fitri daripada iDeologi.my
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/9/9 21:40:00 (1909 reads)

Open in new window


1 Syawal memberi banyak makna. Bagi orang beriman, berakhirnya suasana indah Ramadan yang menghampirkan diri mereka dengan Pencipta. Bagi Syaitan, berakhirnya tempoh 'tahanan' mereka dan dilepaskan kembali untuk menggoda manusia, memasukkan benih mazmumah, menghalang mahmudah. Alangkah sukar mendidik diri rupanya... lebih sukar daripada mendidik orang lain...

  0   Article ID : 13

Welcome To iDeologi.my
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/9/9 21:30:00 (1570 reads)

Open in new window


iDeologi.my Ver 3 ini terhasil setelah beberapa kali cuba untuk buat weblog yang sesuai tetapi menemui kegagalan. iDeologi.my versi awal dibuat tetapi kerana kekurangan masa untuk menghasilkan paparan yang menarik, maka, semangat untuk update pun tak seberapa. Buat kali ini, diusahakan sebaik mungkin, bukan sekadar dari sudut design, tetapi konsep weblog pun lebih sedikit berbanding dulu... sebelum ini telah ada weblog pada tahun 2005 lagi, tetapi masa untuk update tak diperuntukkan dengan baik... Konsepnya bukan sekadar seperti blog, tetapi web portal yang boleh jadi medium perkongsian yang baik...

  0   Article ID : 14

Hati-Hati Dalam Sebar SMS, Email atau Share Info
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/9/6 22:20:00 (1822 reads)

Santai dan Personal

Oleh: Ahmad Sufyan Che Abdullah
Artikel asal dalam blog lama tahun 2005. diubah suai sikit.

Dunia hari ini adalah dunia revolusi maklumat peringkat kemuncaknya. Maklumat dalam beberapa saat daripada seluruh dunia boleh disebarkan dengan mudah, sama ada melalui email, ataupun menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS). Dengan kemudahan ini, berita boleh disampaikan dengan cepat, boleh disebarkan dengan begitu mudah sekali. Perkembangan ini menyaksikan popularnya istilah seperti “forward e-mail” “Forward SMS” dan “Forward YM” (Yahoo Messenger) dan lain-lain bentuk penyebaran maklumat lagi. Dalam fenomena Facebook, lagi mudahlah maklumat boleh dikongsi, maklumat berantai semakin cepat bertindak tersebar ibarat "nuclear fussion" yang membina tindak balas berantai.

  0   Article ID : 4