iDeologi.my
Facebook
School World
RSS Feeds

Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Sedang Online

2 user(s) are online (1 user(s) are browsing Artikel)

Members: 0
Guests: 2

more...

Hadis Ahad - Jangan tolak sewenangnya
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2012/5/6 19:13:02 (1872 reads)

Sunnah dan Sirah

Oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah
Utusan Malaysia 16/04/2004

Pernah timbul kekeliruan tentang kontroversi penggunaan hadis Ahad sebagai sumber hukum, terutama hukum akidah serta polemik tentang penolakan terhadap hadis jenis ini. Dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sememangnya kita kurang menerima dalil yang tidak mencapai tahap pengetahuan yang meyakinkan (qat`ie) dalam menetapkan sesuatu pegangan. Benarkah hadis Ahad kesemuanya tidak bersifat qat`ie? Untuk menjawab persoalan ini, hadis hendaklah difahami betul-betul. Andainya hadis Ahad terus dianggap zanni, maka akan muncul ramai orang yang cuba mempermainkan hukum dengan alasan perkara zanni boleh menerima khilaf dan kritikan.

  0   Article ID : 56

Sirah dan Sunnah: Satu Hakikat, Cara Berbeza?
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/2/3 8:59:41 (3041 reads)

Sunnah dan Sirah

by: Ahmad Sufyan Che Abdullah

Amat sukar untuk mencabut pokok yang akarnya jauh mendasari bumi. Bila akar umbi telah mendasar, kadang-kala usaha mencabutnya menjadi sia-sia. Begitulah juga apa yang berlaku pada Sirah Nabi dan para sahabat. Bila sesuatu cerita sirah sudah tersebar luas dalam masyarakat, menjadi satu yang sukar, bahkan mungkin mustahil untuk melakukan semak kembali, atau untuk review semula. Kadang-kala terasa hampir mustahil untuk mengubah cerita sejarah yang tersebar, ibarat ingin mengubah fakta sejarah yang telah berlaku, walaupun sejarah yang tersebar itu belum tentu satu fakta.

  0   Article ID : 15

Cintakan Nabi Tapi Menzalimi Nabi
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/1/31 18:00:00 (2108 reads)

Sunnah dan Sirah

Pada setiap kali musim Rabiul Awwal, maka sambutan diadakan di mana-mana tempat. Pelbagai majlis dan macam-macam acara sambutan yang tidak pernah diadakan oleh para Sahabat Baginda sendiri, mahupun generasi selepas itu yang sangat menyintai Nabi s.a.w. diwujudkan oleh umat Islam terkemudian. Yang pastinya taraf cinta umat masa kini kepada Nabi tidak akan sama dengan taraf cinta para Sahabat terhadap Nabi. Umumnya 12 Rabiual Awwal diletakkan sebagai tarikh rasmi bagi banyak negara umat Islam, walaupun tarikh sebenar tidak pernah wujud sebagai satu fakta yang jelas. Tak apalah, selagi hari itu tidak dianggap sebagai hari raya atau hari kebesaran agama Islam, bolehlah jadi alasan untuk mengelakkan ia daripada dinamakan sebagai bidaah.

  0   Article ID : 45

Guna Nama Sunnah Tak Kena Tempat
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2011/1/6 2:58:44 (2043 reads)

Sunnah dan Sirah

Berniaga itu memang dituntut oleh Islam. Lagi besar untung, lagi bagus. Cuma jangan kelirukan orang dalam berniaga. Reka sistem pemasaran yang pelik-pelik, melebih-lebih dalam ceritakan kualiti barang, yang lagi teruk gunakan nama Allah dan nama Nabi semata-mata nak bagi lariskan barangan. Sampaikan orang terkeliru dengan Sunnah nabi. Makanan sunnah, minuman sunnah... sampai seolah-olah sempit sangat jadi maksud sunnah Nabi. Yang cakap pula bukan sembarangan orang, pakai title ustaz/ustazah lagi.

  4   Article ID : 43

Awal Muharram & Puasa Asyura
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/12/5 19:30:00 (4947 reads)

Sunnah dan Sirah

Sedia maklum bahawa doa awal dan akhir tahun itu bukanlah bersumberkan sunnah Nabi, kerana penentuan awal Muharram bermula pada zaman Khalifah Umar r.a. Atas sebab itu sesetengah ulama' menganggap amalan berdoa dengan dikaitkan dengan waktu tertentu seperti awal dan akhir tahun dianggap bidaah yang tidak wajar diamalkan. Bagi mereka, cukuplah zikir-zikir harian yang diajar oleh Nabi melalui sunnah yang sahih, untuk diamalkan pada waktu pagi dan petang, itu pun sudah tidak terbuat. Namun bagi sesetengah ulama' pula membenarkan untuk melakukan doa secara umum, tanpa dianggap amalan itu bersumberkan daripada Nabi, dan sekadar menanggap doa itu cuma pendekatan untuk mengingatkan manusia yang alpa dan mendekatkan diri dengan Pencipta. Apa pun, tidak ada amalan yang lebih baik berbanding amalan yang wujud daripada Sunnah yang sahih. Jika amalan itu baik, sudah tentu para sahabat Nabi dahulu yang buat kerana kita tahu para sahabat sangat cintakan amal ibadah kerana mendekatkan diri kepada Allah.

  4   Article ID : 40

Amalan 10 Awal Zulhijjah Yang Kian Terabai
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/10/30 18:10:00 (5088 reads)

Sunnah dan Sirah

Kedatangan bulan Zulhijjah, bagi orang sekarang, tidaklah ada apa yang istimewa, melainkan bagi mereka yang menunaikan haji. Sedangkan 10 Awal Zulhijjah penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Bahkan Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban pun tidak begitu dibesarkan perayaannya, berbanding hari raya puasa, kerana bagi sesetengah orang, hari raya itu sekadar untuk mereka yang menunaikan haji sahaja. Tidak dirasakan pentingnya, dan dibiarkan begitu sahaja. Sedangkan hakikatnya dalam Islam, perayaan yang paling besar adalah Hari Raya Idul Adha, bahkan syiar paling hebat dalam Islam ialah hari Arafah. Kalau nak dikira takbir hari raya pun, Idulfitri cuma terhenti pada solat hari raya, sedangkan takbir idul adha sehingga hari keempat (termasuk hari tasyriq)!

  0   Article ID : 31

Siapa Yazid bin Muawiyyah r.a Yang Diburukkan itu?
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/10/13 18:30:00 (6612 reads)

Sunnah dan Sirah

Usaha untuk memburuk-burukan para sahabat Rasulullah oleh musuh Islam biasanya akan dimulakan dengan memburukkan Yazid r.h, kerana khalifah Yazid bin Muawiyyah bukanlah terdiri daripada sahabat Nabi. Maka musuh Islam, melalui usaha tulisan sejarah palsu yang direka-reka sehingga akhirnya tidak sedikit umat Islam yang terpengaruh akibat usaha yang begitu licik ini. Maka tidaklah pelik jika banyak buku sejarah Islam yang ditulis ramai penulis Islam, turut memaparkan keburukan khalifah Yazid.

  0   Article ID : 27

Artikel Menghina Sahabat Nabi Penulis Wahyu
Posted by AHMAD SUFYAN CHE ABDULLAH on 2010/9/21 11:30:00 (2198 reads)

Sunnah dan Sirah

Masyarakat kita sewajarnya lebih sensitif dengan artikel yang menghina sahabat Nabi s.a.w. Sebenarnya sejak dari dulu banyak usaha untuk memburukkan sahabat telah gagal. Akhirnya pihak tertentu cuba menghina Muawiyah r.a sehingga ramai yang terpedaya dengan tulisan sejarah Islam yang diselewengkan. Artikel dalam akhbar Utusan Malaysia 16 September 2010 telah menyiarkan cerita tentang khalifah Muawiyah r.a walaupun tajuknya nampak baik, tetapi ceritanya jelas menggambarkan Muawiyah sebagai seorang yang sombong dan angkuh sedangkan itu bercanggah dengan sifat sahabat Nabi, apatah lagi beliau adalah penulis wahyu rasmi Rasulullah s.a.w.. Hakikatnya, banyak sumber sejarah tentang keburukan Muawiyah bersumberkan para pembohong.

  0   Article ID : 20